Friday, August 26

Tazkirah Hari Jumaat

Dan solatlah kamu sebelum kamu di solatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan yang serba
putih.
Pada waktu itu tiada guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu
merintih.
Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai, lalu dilaksanakan solat
jenazah dengan empat takbir dan satu salam, berserta fatihah, selawat dan doa
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah.


Tapi; apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan
solat sepanjang hidup?
Apakah sholat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah ditinggalkan?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.
Justeru sekelian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat.
Sebelum kamu diusung ke liang lahat,
menjadi makanan cacing dan mamahan ulat.


Iringlah dirimu ke masjid, sebelum dirimu diiringi ke pusara.
Tangisilah dosa-dosa mu di dunia,
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.
Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan,
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.


Dengan panggilan izrail yang menakutkan,
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan.
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diisthighfarkan
namun ketika itu ishtighfar tidak menyelamatkan.


Ingatlah di mana sahaja kamu berada kamu tetap memijak bumi
Tuhan dan di bumbungi dengan langit Tuhan serta menikmati rezeki
Tuhan.
Justeru, bila dia menyeru, sambutlah seruannya.
Sebelum dia memanggilmu buat kali terakhirnya
.

Ingatlah kamu dulu hanyalah setitis air yang tidak bererti lalu menjadi
segumpal darah lalu menjadi seketul daging.
Lalu daging itu membaluti tulang lalu jadilah kamu insan yang mempunyai
erti.
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
tetapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.
Yang lebih agung dari malaikat,
lahirmu bukan untuk dunia tetapi gunakanlah ia untuk melayar bahtera
akhirat.


Sambutlah seruan `hayyaallahsallah' dengan penuh rela dan
bersedia
Sambutlah seruan `hayyaallahfallah' jalan kemenangan akhirat dan
dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang
jalan.
Menjadi teman di perjalananan guna kembali ke pangkuan tuhan


Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tidak pernah mencecah sejadah di dunia.

No comments: