I got this from friendster, i found it interesting and would like to share with all of u...
TAZKIRAH: Berapa ramai suami yang boleh jadi
imam???
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan
disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam
kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat
lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat
kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia
tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil
tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke
rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur
membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang
lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang
belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya
saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar
memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si
gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna
seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada
yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat
suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan
dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi
gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di
komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan
setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh
perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah
kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki
juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah
boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang
lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama
anak
isteri sebagai agenda utama, selain keperluan
memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang
kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident
menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada
juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak
jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai
ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa
queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah
sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki!
No comments:
Post a Comment