Alhamdulillah, kebelakangan ni selalu solat subuh dan maghrib berjemaah. Lepas tu pulak ader la sedikit pengisian yang bermanfaat. Bagus rasanyer. Memperingatkan dan diperingati sesama sendiri. Sesetengah orang, kalau orang 'tak push' ke dalam bende2 cam ni, nanti mudah terlalai dalam benda2 yang lagha. Aku la salah seorang nyer. Aku pun dah mula terfikir2 bende2 cam ni. Kemewahan di dunia yg melampau sekarang ni kadangkala kita tak sedar yg kita dah terjebak. Sedey plak bila ingat balik. Jadi, adalah baiknyer kita sama sama saling ingat mengingatkan di antara kita.
Semalam, ada tengok tayangan video klip "Last Breath". Tiba2 rasa keinsafan datang. Tiba2 tersedar yg kita ni bila2 jer Allah boleh ambil nyawa kita. Tak kisah la masa main bola ker, masa tgh jalan gi uni ker, masa tgh dinner ker. Pendek kata biler2 laa. Semua orang ader tarikh dan waktu mereka sendiri, cuma kita tak tau biler. Alhamdulillah pagi ni masih bleh bangun dan solat subuh lagi.
Insya allah, semoga sentiasa beristiqamah kita semua.
Rasa sedih skrg dengar lagu ni - Sendiri ~ Saujana
Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku,
berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku
Andai dapat ku kembali,
Andai dapat ku kembali,
mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi,
walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan
Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri
No comments:
Post a Comment