Wednesday, October 6

Khas utk wanita...

Dapat from Friendster, cam best...

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini
menjadi indah kerana adanya anda yg bernama
wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul.
Para lelaki yg mendiami bumi ini akan
ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk
didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan
kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama
sendiri

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg
mengindahkan lagi alam. Anda telah
menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah
keindahan apabila bunga dikitari sang rama-
rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa
ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di
tengah2 kebuasan lelaki.



Memang keinginan untuk berteman fitrah insan,
tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg
kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda
sebagaimana rama-rama. Keindahan anda
mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-
rama terlerai daripada keindahannya apabila ia
disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada
siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai
wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai
lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu
pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari
lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana
sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda
tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda
tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut
berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat
berbangga sekaliapabila dia dapat meletakkan
tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu,
dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki
dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar
berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya,
tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg
tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama
sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh
mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali
sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu
terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah
tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar
dengan itu anda dapat memelihara diri daripada
menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin
mencalitkan noda keatas diri anda. Apa
untungnya digilai dan diminati, kemudian
berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut
dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi.
Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan
kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan
menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu
terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.
Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi
nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda
sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak
bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang
sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat,
sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.
Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia
satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya
payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg
salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus
dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan
berenang menuju TUHAN dengan selesa dan
bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan
diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup
sendiri dan masih kekal serinya daripada
dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi
daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama
ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg
terang dan indah daripada sang kelkatu yg
menerjah api.
WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…

No comments: