Wednesday, August 31

MERDEKA nyerrr....

Banggakah aku jadi anak Malaysia?
Rakyat ghairah beridolakan budaya syaitan
Hiburan dijadikan Tuhan,
Ulama diperkecil-kecilkan
Agama kosmetik tempelan
Buat membenarkan segala yang haram

Banggakah aku jadi anak Malaysia?
Tatkala anak-anak Melayu Islamnya
Merangkak-rangkak nak baca Fatihah
Tergagap-gagap nak ucap kalimah syahadah
Pergi disko acara mingguan
Solat? Hanya acara dwi-tahunan! (solat raya)

Banggakah aku jadi anak Malaysia?
Anak-anak muda lebih rela jadi sampah
Lebuhraya jadi padang permainan
Dadah dan arak jadi santapan
Nak kondom? Jarum suntik?
Nah...rakyat Malaysia belanja!

Banggakah aku jadi anak Malaysia
Anak-anak gadis dah hilang sifat malunya
Pakai tudung pun merendek dengan pakwe
Berlenggang-lenggok menyanyi dan berdansa
Islam kosmetik, macam tu lah jadinya!

Banggakah aku jadi anak Malaysia?
Kibar bendera sampai letih
Bersorak-sorak sampai tekak perit
Berjaga malam sampai mata sakit
Sayang segalanya kosong belaka
Kerana kita semua buta
Tak tahu entah apa yang nak dikejar

Setiap kali berakhirnya 31 Ogos
Akan bermulalah semula penjajahan minda!

No comments: