Tuesday, June 29

*statik*

this blog gonna be static for 2 weeks, i'm goin to NZ in just a few hours after this.Do rop me messages while i'm gone. I'll catch up with ya guys later after the trip!

Enjoy holidays everyone!

Friday, June 25

Currently Listening to: Look what u've done ~ Jet
Mood: The current mood of fazzanilzafrun at www.imood.com

Mata tak ngantuk sangat dah lepas Subuh tadi
segar sket, semalam tido awal la kata kan....
Penat menelaah beberapa malam yg lepas tak abes lagik
entah ape2 jer yg aku blaja pun
yg lepas biar laa lepas
aku dah tak leh nak wat aper pun dah
tawakal dan redha
apa2 yg baik dtg daripada Allah
dan yg buruk tu , aku sendiri yg cari pasal
macam yg kawan Rabit kata
"Allah always plan something beautiful for us, It's you who make it bad"
So skrg ni baik fokus kat last paper ni
JAPN1010 EXAM esok 26 June 2004
pukul 2:30 pm kat UQCentre Lecture Hall

malam ni nampaknyer bersengkang mata lagi....
seronok btul tgk member2 yg dah abes exam...
rabit sampai tak tau nak wat aper dah lepas abes exam semalam,
ili dah packing nak balik mesia,
hari ni hampir salwa dgn semua bdak engin abes paper...
tahniah ye korang....
tinggal la kitorg yg amik paper japn nih...
hari terakhir laaa nampak nyer nak enjoy pun...
takpe...
malam abes exam nanti ader party!
hehe..actually a farewell party for k zila n k jas.
sorg nak balik mesia, sorg lagi nak gi canada plak.
Girls nite....sambil makan ayam nandos
waah...tak sabar plak....
erk...aku tak abes study for japn lagik...
banyak sangat la plak nak kena baca....
baiklah!
aku kena start skrg
nanti menyesal plak
aku cuma ader hari ni dan beberapa jam esok sblm exam....
gambatte kudasai fazz-san!!
p(^o^)q

erm...braper kali dah aku dok bukak peti ais kat sebelah ni
sampai abes Coklat Dove aku nih....

Who knows
what could happened
Do what you do
Just keep on laughing
One things true
there's always a brand new day...


Thursday, June 17

ada apa dengan esok...?!

Mood: The current mood of fazzanilzafrun at www.imood.com

Esok lah bermulanyer hari pertama aku start exam.
esok adelah hari Jumaat 18 Jun 2004.
Paper pertama adelah INFS2200.
Waktu exam adelah 11:15 am.
Tempat exam adelah di Gymnasium, Connel Building.
Barang yg perlu dibawa adelah alat-tulis, student card dan otak.
Jangan lupe baca Bismillah.
Malam ni tido awal sket.
Hrm...tu je kut...

Ganbatte kudasai fazz-san! q(^o^)p

Tuesday, June 15

countdown exam: 3 days!

Currently Listening to: Take Me Away ~ Avril Lavigne

Hari ni officially start exam utk bebudak UQ.


G.O.O.D L.U.C.K K.O.R.A.N.G !


walaupun belum start paper lagi, aku plak yg sakit perut hari nih...
slalu mmg camtu, before test, exam presentation.....macam2 rasa...
sakit perut, nak demam, nak muntah...semua ader...
tapi alangkah leganyer bila dah abes kan...
rasa cam "alahai...takde la susah sgt".
tapi itu kalo yg senang laa...
kalo susah "aarrghh...siot aa...susah giler....aaa...mamposs aaa..."
heh....that's me...

biler time exam ni
nak sangat habis cepat tapi nak mengharungi exam tuh...
huih...tak tahan....

Skrg dah makin sejuk...
asyik rasa nak makan jer...
mengumpul lemak...
takut plak biler pikir abes exam nanti nak gi NZ
sana lagi sejuk giler tahap gaban
makk....aku takut sejuk....!!

camner erk...?!

('^_^)?

Sunday, June 13

countdown exam: 6 hari!

Currently Listening to: So Much for My Happy Ending ~ Avril Lavigne

cuba teka aku kat ner?
ekeke...library le...
download quota dah nak abes...uqconnect pun dah abes...
takleh laa nak surf net cam bese kat umah...

hari aku dah start studi jepun sket2...
aku takut tak sempat plak...
sbb jepun 2 hari lepas paper programming...
programming pun kena start jugak ni...
mau menangis aku nanti....
dapat result for tutorial presentation...
alhamdulillah, lepas 15 markah....
tapi 60% utk final tak tau laaa camner...
tgk soklan dia pun dah cam giler tak tau...

aku ader dgr lagu avril yg baru from Album Under My Skin....
ok laa aku rasa....best...dah hafal dah sket lagu2 dia...
ni aku nak rekemen kat korang...
dengar laa yer...

Friday, June 11

Bacalah surah Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan
siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10
kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada
hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan
diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang
meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Thursday, June 10

Konnichiwa!!~

Morning everyone!
Masih dalam mood pagi yg ceria walaupun kat luar ni berkabus giler...menunjukkan betapa sejuknyer udara di luar nih...
Akhirnyer tercipta juga sejarah di minggu SWOTVAC di mana aku berjaya bangun utk breakfast!
Dah lama tak breakfast, bangun pun slalu terbabas sampai kul 10 lebeh...
Hari ni, Alhamdulillah......bangun awal....

Semenjak startnyer SWOTVAC nih, aku dah pandai berjinak2 studi kat library...
kiranyer masa yg digunakan kat library lebey effective lagi efficient drpd kat bilik aku yg sememangnyer banyak distraction object...cth terdekat adelah pc, katil, cermin, sikat rambut...etc.

Alhamdulillah sangat, diri aku dah terbuka utk belajar dg rajinnyer.
First time sejak aku masuk uni ni, aku blajar dengan hati yg terbuka, kalo tak asyik rasa cam terpaksa jer....

Baru aku sedar, kalo aku start blaja dari awal lagi mungkin aku tak payah nak susah payah sangat sekarang...2 minggu utk cover satu semester nyer pelajaran...
But better late than never....i'll try my best!
At least aku berusaha jugak, result nyer nanti tawakal ajer laaa....

Ok laa...
sampai sini jer la...nak bersiap gi library ....
akhir kata...sambut lah pagi ni dengan ceria!~~
\(^o^)v Banzai!



Tuesday, June 8

Renungan.....

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi.

Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ...?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan
nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya. Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

----------------------------------------------------------------------------


Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis² ILMU. Mudah²an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.

Wassalam.

Sunday, June 6

I'm Lovin It....

Yes! I've done the 1st module for INFS2200...thx to Salwa, berjaya mengajak aku gi Library...hehe...malas slalunyer gi lib...

Waa..who's interested to go to Justin Timberlake Lovin' It LIVE concert??
It's on the 19th June Saturday at Brisbane Convention Centre, the ticket price is $133.10 for both general admission and reserved seating...
Wanna go actually, but looking at the ticket price...hrmm...made me think twice...erm...
Wa...takai desune?
If it is below 100 bucks, for surely i'll go. It's on a day after my first paper...so...ok la kut...

I have to save money for the NZ trip, if not it would'nt be a problem...

huh...should'nt be thinking bout this aite?
Okk...concentrate more on studies....exam Fazz...ingat tuh...
Benkyooshimashoo minasan....
Ganbatte kudasai ne!

q(^o^)p


Saturday, June 5

S.W.O.T.V.A.C !!~

ha...dah start dah...
tak lama jer lagi nak exam dah....
kalo start kira from tomorrow, tepat 2 minggu lagi jer for my first paper.
so...dlm masa 2 minggu jer ni, kena laa pulun sungguh2...
final sem ni agak berat aa jugak...
subjek programming ...huh..tak tahan..
baru lepas tgk pass paper dia, giler tak faham aaa...
pelik nyer...cam tak pnah blaja...lain jer drpd latihan tutorial semua...

aarrgghh...

aku baru jer buat template nih...
fresh giler...pg td nyer keje...bgn awal buat mende nih, bukan nak blaja ker mende...
tensen sket semalam...
bad luck rasanyer...
ade ker aku bleh terjatuh smlm...
jatuh kat tgh jalan raya plak tuh masa nak melintas...
bengong aper aku maser tuh...
ker kasut tuh kan...
haritu pun jatuh pakai kasut tu gaks...
malu jer...terpaksa buat muka tebal masa ader cab lalu kat tepi...
cam s**l...
benci nyer gi ingat balik....

kawan2 ku....
aku perlukan kata2 semangat...
untuk teruskan perjuangan...
melawan kemalasan aku nih..
dan menyahut seruan exam tak lama lagik...

Ya Allah...bantu laa aku menghadapi semua ni
Amin...

Wednesday, June 2

R.e.L.e.V.@.N.k.@.H.@.K.u.D.i.H.@T.i.M.u

*sigh*
aku mmg tgh takde keje btol nih...
eventho sebenar2nyer still ader assignment blum submit lagi...
dlm tgh mencari solution utk assignment tuh..
tangan ni sgt la gatal nyer....
sempat lagi surf the net...
suka btul blog-hopping to others blog...
and terjumpa this blog...
which is an online-novel blog...
waaa.....ni yg seronok nih...
kisah cinta remaja, dari zaman skolah sampai laa ke zaman uni dan seterusnye...
hrm..ingat nak abeskan assignment dulu baru nak start baca novel tuh..
but, mmg tak tahan aa...
so...today, ended up baca novel tu sampai abes..
baru lepas baca ni...
waa...best...

ni yg nak rekemen kat korg ni...
kalo korg layan laa citer2 camni...
Relevankah aku di hatimu
then sambungan kat sini plak
Relevankah aku di hatimu 2

citer ni bleh kata citer sebenar...tu yg best..
baca laa korang k!

Tuesday, June 1

Somebody help me please....
I just dont know how to do this...
blank giler....
benci nyerrr!!!~~
Assignment 5 ni sgt susah ker???
apsal nampak cam senang tp....
tak tau nak buat???
aku sgt benci kalo jadik camni...
uhh....nak termuntah....